Wednesday, April 14, 2010

Kisah Guru Malaysia

Dunia guru ini bukanlah senang untuk diharungi. Lebih-lebih lagi pada zaman sekarang. Murid-murid sudah pandai membantah cakap guru, malah, ada juga yang berani memukul guru. Sebagai bakal guru, kita kena teguhkan hati dan kuatkan minda. Ingatlah bahawa, dunia tidak selalu cerah. Kadang-kadang kita di atas, dan adakalanya kita hidup di bawah. Jadikanlah setiap dugaan itu sebagai motivasi untuk kita sentiasa memajukan diri.

Dan sementara merehat-rehatkan minda dari buku, marilah kita singgah sebentar di Dunia Guru Dan Cikgu Malaysia. Semoga kisah ini dapat menjadi iktibar kepada semua bakal guru Malaysia.

Kepada bakal-bakal guru yang akan melanjutkan praktikal di tempat posting masing, kami daripada Exco ICT mengucapkan selamat maju jaya. Selamat berkhidmat untuk masyarakat! Ngeee =))


p.s: Hidup kena selalu ingat Tuhan.

Tuesday, April 13, 2010

Kem Skor A UPSR Siri 3/2010

Permohonan untuk pengambilan AJK bagi KEM SKOR A UPSR Siri 3/2010 telah dibuka. Borang boleh didapati berdekatan dengan Pejabat PERMADIK. Antara jawatankuasa yang dibuka ialah AJK Protokol, AJK tajaan, AJK Urusetia dan sebagainya. Permohonan masih dibuka dan penyertaan daripada warga SPPS amatlah dialu-alukan.

Untuk pengetahuan sekalian, Kem Skor A ini akan diadakan pada awal bulan Jun, iaitu pada 4 hingga 6 jun 2010. Sama-samalah kita berkhidmat untuk masyarakat.


Jom ramai-ramai serbu borang berwarna hijau ini. Heee =))



p.s: Luang-luangkan lah masa lapang kita untuk program membangunkan seperti ini. Tidak rugi bha.

TESL Night 2010

Pada 26 Mac 2010, majlis TESL Night 2010 telah diadakan dengan jayanya. Majlis tersebut yang diadakan di Putra Teater Ballroom telah dianjurkan oleh pelajar-pelajar Tahun Dua jurusan TESL. TESL night untuk tahun 2010 ini mengambil tema "Black&White" dan kelihatannya semua pelajar mampu bergaya mengikut kehendak tema. Berikut merupakan antara gambar yang berjaya dirakamkan pada malam yang gilang gemilang itu.


"Moment of memories"


Persembahan nyanyian daripada pelajar Tahun Satu TESL.


Pelajar-pelajar Tahun Dua TESL.


Barisan pelajar Tahun Tiga yang mengadakan persembahan "Nobody" pada malam tersebut.


Dan ini merupakan barisan pelajar Tahun Empat yang bakal menamatkan pengajian mereka pada tahun ini. Semoga berjaya diucapkan daripada Exco ICT Permadik!



Semoga tradisi dan majlis TESL night ini mampu diteruskan pada masa hadapan dan diharapkan agar majlis ini mampu menjadi lebih mantap bagi tahun-tahun yang seterusnya. Kepada barisan penganjur pelajar Tahun Dua, sekalung tahniah diucapkan kerana berjaya menganjurkan majlis tersebut dengan jayanya. =))

Majulah SPPS untuk UMS.


p.s: Gambar-gambar telah diambil daripada Facebook. Minta maaf diucapkan kerana mengambil gambar tanpa keizinan.

Sunday, April 11, 2010

I Love English Camp

PERMADIK juga telah menganjurkan I Love English Camp yang diadakan pada 7 Mac 2010. Walaupun English camp ini cuma dijalankan selama sehari sahaja, namun kepuasan jelas terlihat di wajah setiap students dan fasilitator yang terlibat. Berikut merupakan antara gambar-gambar dan saat yang telah berjaya dirakam pada hari tersebut.


 
LDK 1 yang dilaksanakan bersama fasilitator kumpulan masing-masing.


Sesi ice-breaking bersama dengan para pelajar. Romantik juga kamu berbincang di bawah pokok ni? Heee.


Bersama-sama dengan fasi di foyer SPPS.
 

Bertungkus lumus mencipta logo dan slogan kumpulan masing-masing.


Sewaktu mempersembahkan hasil kerja kumpulan masing-masing.
 

Persembahan yell. Tengok fasi pun sporting ikut gelagat students ni.
 

Diambil sewaktu students bermain game "Simon says". Seronok tengok students enjoy game ini.


Pit stop dengan Abang Liang. Hoho.
 
 
 Salah satu pit stop Explorace yang paling mencabar. Susah mahu cari clue bha di sini.

 
Permainan tiup-tiup tepung. Habis muka students jadi putih. Hehe.
 

Sesi gambar bersama dengan students dan fasilitator yang terlibat.


Pesanan daripada Exco ICT, semoga lebih banyak program seperti English camp ini mampu dilaksanakan pada masa hadapan. Sama-samalah kita berbakti kepada masyarakat.


p.s: Gambar dicelup daripada facebook Kak Nadia. Sorry Kak Nad ambil tanpa permission. Huhu.

Kami Guru Malaysia





p.s: Bha jangan lupa kita hafal ni lagu sama-sama buat semua bakal guru Malaysia!

Barisan Jawatankuasa PERMADIK 2010

Penjenamaan semula P-GURU juga membawa maksud bahawa ahli-ahli jawatankuasa yang baru telah dipilih. Dan inilah mereka yang menjadi tulang belakang dan peneraju utama PERMADIK pada tahun 2010 ini.




Semoga tahun ini menjadi tahun yang lebih meriah dan bermakna buat semua warga PERMADIK dan warga SPPS! Bersama-samalah kita memajukan sekolah pendidikan agar terus unggul dalam kalangan warga Universiti Malaysia Sabah.



p.s: Semua buat pose cantik dan bergaya.. Heee :P

Penjenamaan Semula P-GURU

SALAM SEJAHTERA...

Akhirnya, terlaksana juga pemilihan calon - calon untuk mengambil alih tampuk pemerintahan pGuru 2008 dan seterusnya menjenamakan semula pGuru dengan PERMADIK (Persatuan Mahasiswa/i Pendidikan). <<--- betulkan saya sekiranya silap ya?

Di kesempatan ini saya selaku admin kepada blogspot PERMADIK ini ingin mengucapkan jutaan terima ksih kepada mantan Yang di-Pertua pGuru iaitu abang Allif kerana sudi memberi tunjuk ajar disamping dorongan dan nasihat kepada peneraju PERMADIK, iaitu jawatankuasa yang baru dilantik.

Oleh itu, saya umumkan ahli jawatankuasa bagi PEMADIK 2010. (sorry, belum muat turun gambar lagi :))

YANG DI-PERTUA: JRD SURIAN SEBASTIAN BONIOR

NAIB YANG DI-PERTUA: NUR SAIDATULASIKIN BINTI MOHAMAT

SETIAUSAHA AGUNG: FARINA BENLY ANAK BENGKONG

TIMBALAN SETIAUSAHA AGUNG: ASNIAH BINTI UDIN

BENDAHARI KEHORMAT: MOHAMAD SUHAIMEYBIN RAZIN

EXCO AKADEMIK DAN KERJAYA: NIMALEN A/L THIRUNGANA SAMBATHAN

EXCO KEPIMPINAN DAN LATIHAN: JENNY R KON

EXCO KEBAJIKAN DAN PERHUBUNGAN PELAJAR: EILEEN MA SZE PENG

EXCO TEKNOLOGI, INFORMASI DAN INOVASI: JENIFFER ANNIE ALI

EXCO KEUSAHAWANAN: WONG SIAW JEAN

EXCO KEROHANIAN DAN SAHSIAH: JEEMION JEALI

EXCO KEBUDAYAAN DAN REKREASI: GRACE WILLIAM BALI

Jadi, inilah barisan ahli jawatankuasa yang bakal menerajui PERMADIK bagi sesi ini dan semoga kami dapat memberikan yang terbaik demi untuk menjaga kebajikan warga SPPS sekalian.

^_____^


p.s: Blog baru ini telah diwujudkan bagi menggantikan blog PERMADIK yang lama atas sebab-sebab teknikal yang tidak dapat dielakkan. Diharapkan blog ini dapat menjadi tatapan ramai dan mampu memberikan info terkini kepada semua warga PERMADIK dan juga SPPS! Majulah SPPS untuk UMS! :)