Monday, May 10, 2010

Berita Gembira Untuk Semua

Kepada warga Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial, mesin air R.O telah dipasang berdekatan dengan Kafe Guru untuk kemudahan dan kegunaan kita semua. Pembelian air adalah sebanyak RM0.20 sen bagi 1 liter, dan ini sudah tentunya dapat menjadi satu kelebihan kepada kita semua kerana kadar pembelian air yang murah sekiranya dibandingkan dengan pembelian air mineral sebanyak RM1 bagi 500 ml. Diharapkan semua warga SPPS dapat memanfaatkan kemudahan mesin R.O ini dengan sebaik-baiknya.


Wajah ceria Presiden PERMADIK dengan kemudahan R.O.


Malahan, PERMADIK juga akan mengusahakan kemudahan fotokopi dan binding buat warga-warga SPPS agar kita tidak perlulah bersusah payah bergerak jauh ke perpustakaan atau ke Kafe D'bayu semata-mata untuk fotokopi. 

Akhir kata dari warga ICT, majulah SPPS untuk UMS =))


p/s: Selamat bercuti kepada warga SPPS! Manfaatkan lah cuti ini dengan aktiviti yang berfaedah~

4 comments:

Anonymous said...

Tahniah kepada seluruh warga Permadik...semoga anda semua diberi kekuatan semangat yang tinggi untuk merealisasikan misi dan visi Permadik...Kami akan sentiasa menyokong anda!!! Majulah Permadik untuk sekolah...All the best!!! Thank =)

Anonymous said...

Tahniah Permadik...Majulah Permadik untuk sekolah...All the best!!!

Anonymous said...

Mulakan hari anda dengan bersyukur dan anda akan lihat semua perkara yang membuat anda bersyukur datang kepada anda sepanjang hari- Osman Affan-..Bersyukurlah selalu!!! Hidup kena slalu ingat tuhan...=)

Permadik UMS said...

Welcome semuanya ya..

PERMADIK akan cuba utk memberikan yang terbaik utk warga SPPS semua..

Betul tu, hidup kena selalu ingat Tuhan =))